
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Cuti Mandatori
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 17/1992
Diperuntukkan kepada pegawai Bahagian III dan ke atas yang berkhidmat minimum 12 bulan.
Cuti Mandatori (CM) hendaklah diambil secara berterusan selama 14 hari dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh ulang tahun lantikan. Bagi yang naik pangkat ke Bahagian III dan ke atas, tarikh kelayakan mengikut tarikh kenaikan pangkat. Pengecualian diberikan kepada staf akademik UBD yangmana mereka dibolehkan untuk mengambil CM disepanjang tahun menurut Memorandum Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bil. 9/JPA/4.3.2/283591/06 bertarikh 23 April 2008.
Cuti yang tidak diambil dikira luput, tetapi tidak melibatkan Cuti Tidak Berhak.

