
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Elaun Perjalanan Tetap/Hitung Kilometer
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil. 17/1988 pada 29 Jun 1988
Elaun-Elaun Perjalanan Tetap dan Hitung Kilometer bulanan akan dibayar kepada pegawai-pegawai yang menggunakan kereta sendiri untuk menjalankan tugas di luar daripada tempat biasanya bekerja dengan mendapatkan sokongan daripada Ketua Jabatan berkenaan (Pendaftar & Setiausaha UBD) dan kebenaran daripada Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan.
Semua akademik staf yang terlibat dengan Latihan Mengajar adalah dinasihatkan untuk memohon terlebih dahulu supaya perjalanan yang dibuat bagi Latihan Mengajar akan dapat dibayar.
Kadar elaun perjalanan tetap adalah seperti berikut:
- Kategori ”B” Elaun Perjalanan Tetap
(Pegawai-pegawai dalam tanggagaji UB4 Profesor Madya dan UB5 Profesor)
Elaun maksima ialah sebanyak $46 sebulan
Elaun Hitungan Kilometer:
Tidak ada bayaran bagi 81 km yang pertama
45 sen se km bagi 241 km yang berikutnya
14 sen se km selepas itu - Kategori ”D” Elaun Perjalanan Tetap
(Pegawai-Pegawai dalam tanggagaji UB1, UB2 dan UB3
Elaun maksima ialah sebanyak $37 sebulan
Elaun Hitungan Kilometer:
Tidak ada bayaran bagi 81 km yang pertama
45 sen se km bagi 241 km yang berikutnya
14 sen se km selepas itu - Kategori ”F” Tidak Menerima Elaun Perjalanan Tetap tetapi menerima Hitung Kilometer
45 sen se km bagi 225 km yang pertama
14 sen se km selepas itu
Fasal 4: Elaun Perjalanan Tetap bulanan akan dibayar selama tempoh pegawai itu menjalankan tugas di NBD dan tidak akan dibayar elaun itu jika pegawai tersebut sedang bercuti atau keluar negeri selama lebih dari 30 hari.
Fasal 5: Elaun-Elaun Perjalanan Tetap dan Hitung Km bulanan akan diberhentikan pemberianya apabila:
- Kereta itu dijual.
- Pegawai itu tidak lagi bekerja di Universiti.
- Pegawai itu tidak lagi layak menerima elaun tersebut.
- Tertakluk kepada peruntukan wang yang ditetapkan pada setiap tahun kewangan (SFO2A, BO5100 Elaun Perjalanan Tetap/Rumah Pejabat.
Fasal 8: Seseorang pegawai yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah adalah tidak berhak untuk mendapat elaun ini.
Prosedur/Garispandu Menuntut Elaun Perjalanan Tetap/Hitung Kilometer
Menghadapkan borang permohonan lengkap untuk mendapatkan elaun-elaun tersebut dengan menyertakan dokumen penting seperti Kad Pendaftaran (blue card), insuran polisi dan lesen memandu yang masih sah kepada Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan melalui Ketua Jabatan (Pendaftar & Setiausaha UBD) [Fasal 7].
Bagi permohonan elaun perjalanan tetap (samada Kategori B atau D) kereta tersebut tidak boleh melebihi umur 10 tahun. Elaun Hitung Kilometer (Kategori F) adalah bagi kereta yang melebihi 10 tahun [Fasal 3].
Setelah menerima kebenaran elaun tersebut daripada Jurukira Agung, staf adalah dikehendaki membuat tuntutan perjalanan Latihan Mengajar dengan mengisikan 4 borang (1 borang warna putih dan 3 warna hijau) dengan menghadapkan kepada Penolong Pendaftar (Personel) melalui Ketua Latihan Mengajar dengan menyertakan salinan surat kebenaran bagi memudahkan penyemakan menghadapkan tuntutan serta mempercepatkan lagi proses bayaran.
Perkiraan tuntutan perjalanan hendaklah disemak dan teratur (dengan merujuk kepada kadar elaun yang telah ditetapkan). Tuntutan ini akan disemak dan disahkan oleh Ketua Latihan Mengajar.
Borang tuntutan akan dikembalikan jika didapati tuntutan tersebut tidak teratur/betul.

