
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Elaun Tambang
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 17/1992
Sebagai tambahan kepada pemberian elaun cuti di atas, semua pegawai tempatan yang berjawatan tetap yang menerima gaji pokok melebihi $1,930 sebulan akan, untuk sekali sahaja dan setelah berkhidmat selama 10 tahun diberikan elaun tambang bagi dirinya dan isterinya.
Bahagian dan Sukatan Gaji |
Kadar Tambang Suami dan Isteri |
Kadar Tambang Seorang |
|---|---|---|
Pegawai-pegawai dalam perjawatan tetap dalam Bahagian I dan II dalam sukatan gaji B3 dan ke atas atau yang sebanding dengan sukatan gaji B3 ke atas |
$21,700.00 |
$10,850.00 |
Pegawai-pegawai dalam perjawatan tetap dalam Bahagian II di bawah sukatan gaji B3 atau yang sebanding dengan sukatan gaji di bawah B3 dan Bahagian III yang gaji pokoknya melebihi $1,930.00 sebulan |
$12,640.00 |
$6,320.00 |
Permohonan untuk mendapatkan cuti mestilah dibuat menggunakan borang permohonan elaun cuti dan tambang bagi pegawai tempatan apabila perkhidmatan mencapai 3 tahun (Elaun Cuti setiap 3 tahun) dan 10 tahun (Elaun Tambang hanya sekali dalam perkhidmatan).

