
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Prosedur Meninggalkan Perkhidmatan
Borang Penyelesaian Hutang Universiti
Pegawai/Kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan sama ada bersara atau berhenti dari perkhidmatan adalah dikehendaki untuk membuat urusan penyelesaian hutang “clearance”. Borang Penyelesaian Hutang yang disediakan oleh Bahagian Personel hendaklah dikembalikan sebelum bersara/berhenti dari perkhidmatan.
Pegawai/Kakitangan bergaji hari yang berhajat untuk berhenti adalah dikehendaki untuk memberi notis selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh sebelum berhenti. Jika gagal untuk memberi notis dalam tempoh tersebut maka akan dikehendaki membayar sejumlah wang yang bersamaan dengan sejumlah gaji bagi tempoh 14 hari terakhir yang diterima, pada mengikut kuatkuasa Bahagian 12 dari Undang-Undang Buruh Negara Brunei (1954).
Sijil Hutang Jabatan Perbendaharaan
Pegawai/Kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan kerana bersara dikehendaki untuk memperolehi Sijil Hutang Jabatan Perbendaharaan daripada Bahagian Baksis, Jabatan Perbendaharaan dua minggu sebelum menamatkan perkhidmatan bagi menyelesaikan hutang yang belum dijelaskan di Jabatan-Jabatan Kerajaan (Perkhidmatan Eletrik, Telekom dan sebagainya).
Sijil untuk ditandatangani apabila menamatkan perkhidmatan
– Bab 5 dari Akta Rahsia Rasmi
Pegawai/Kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan sama ada bersara atau berhenti dari perkhidmatan adalah dikehendaki untuk menandatangani Sijil berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi dan untuk mengembalikan kepada Bahagian Personel.

