Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN

GURU

TANGGAGAJI

TUBD C.3-4 EB.5

JABATAN

PUSAT GLOBAL UBD-FPT, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KONTRAK

TIGA (3) TAHUN


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

BAGI JAWATAN PENSYARAH DALAM TANGGAGAJI PT1A:

a.

Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

b.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris (English Language) atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

c.

Mempunyai kelulusan-kelulusan berikut yang lebih tinggi adalah merupakan kelebihan:

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan
ii. Ijazah Sarjana (Master of Teaching)

d.

Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan dari segi teori dan amali.

e.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa antarabangsa dengan baik.

f.

Surat sokongan mengenai penilaian watak peribadi pemohon.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

a.

Tenaga pengajar sepenuh masa.

b.

Melaksanakan pengajaran yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris dan Kemahiran Komunikasi secara bersemuka dan secara atas talian.

c.

Hendaklah bersedia bertugas dan ditempatkan di Pusat Global UBD-FPT di Da Nang, Vietnam.

d.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.


MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

BAGI PEMOHON YANG TIDAK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini: https://forms.gle/LLbCdYXncw3qQCyG7 dan memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang-borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 11 JUN 2022.

BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan itu hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan tersebut dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti berikut:

  1. Borang permohomam hendaklah dilengkapkan melalui pautan ini https://forms.gle/LLbCdYXncw3qQCyG7
  2. Sijil-sijil Akademik
  3. Curriculum Vitae
  4. Satu (1) Laporan Sulit
  5. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  6. Satu (1) Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

Borang-borang permohonan yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah dikembalikan tidak lewat 11 JUN 2022

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.

Tarikh Iklan: 4 JUN 2022