Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN

PENOLONG PENSYARAH

JABATAN

INSTITUT BIODIVERSITI DAN PENYELIDIKAN ALAM SEKITAR (IBER), UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

BAHAGIAN

II

TANGGAGAJI

UB1 EB2

KEKOSONGAN

SATU (1)


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a.

Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

b.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas kedua atau yang sebanding dengannya dalam bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti berikut:-

  • Biodiversiti (Biodiversity)
  • Ekologi (Ecology)
  • Biologi pemuliharaan (Conservation Biology)
  • Biologi (Biology)
  • Botani (Botany)
  • Lain-lain disiplin yang berkaitan dan diiktirafkan.

c.

Mempunyai kelulusan-kelulusan berikut yang lebih tinggi adalah merupakan kelebihan

d.

Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan dari segi teori dan amali.

e.

Mempunyai pengalaman menjalankan kajian dalam bidang biodiversiti atau yang berkaitan di kawasan hutan-hutan di Negara Brunei Darussalam.

f.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa antarabangsa dengan baik.

g.

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dengan fokus utama kepada kebolehan dan komitmen teruji di dalam menghasilkan keputusan peperiksaan yang bermutu di kalangan pelajar-pelajar di bawah tanggungjawab.


Mempunyai penilaian prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan kuat dari ketua jabatan adalah satu kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

a.

Berkebolehan dalam memainkan peranan yang proaktif dalam bidang pengajaran dan fieldwork, program-program penyelidikan dan pendidikan dan lain-lain program latihan, bengkel dan outreach yang dikendalikan oleh Institut Biodiversiti dan Penyelidikan Alam Sekitar (IBER) di Pusat Kajian Luar Kuala Belalong (KBFSC), Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC) dan kawasan hutan-hutan yang lain di Negara Brunei Darussalam.

b.

Berkebolehan dalam bidang penyelidikan:

  1. Biodiversiti (Biodiversity)
  2. Ekologi tropika (Tropical ecology)
  3. Ekologi ekosistem (Ecosystem ecology)
  4. Biologi pemuliharaan (Conservation biology)
  5. Botani (Botany)

c.

Melaksanakan dan menyokong projek-projek penyelidikan di Institut Biodiversiti dan Penyelidikan Alam Sekitar (IBER) berkaitan dengan biodiversiti (biodiversity), ekologi tropika (tropical ecology), ekologi ekosistem (ecosystem ecology), biologi pemuliharaan (conservation biology) dan botani (botany).

d.

Menyokong hal ehwal pengurusan dan pentadbiran bagi Institut Biodiversiti dan Penyelidikan Alam Sekitar (IBER) dan Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC)

e.

Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa dikehendaki serta bersedia untuk ditempatkan di Pusat Kajian Luar Kuala Belalong (KBFSC) dan melaksanakan fieldwork di hutan-hutan seluruh Brunei.

f.

Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pegawai-pegawai atasan dari masa ke semasa.


MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini:

https://forms.gle/NvTeGK3aq9wk6i5F7 dan memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang-borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 29 Oktober 2022.

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan itu hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan tersebut dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.

Tarikh Iklan: 15 OKT 2022