Dr. Haji Awg Asbol bin Haji Mail

Professor

Faculty of Arts and Social Sciences (FASS)


About

Haji Awg Asbol bin Haji Mail dilahirkan pada 24 Disember 1955. Mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Hassanal Bolkiah Gadong dari 30 Jun 1974 hingga 4 November 1976  Setelah berjaya menjadi guru terlatih, kemudiannya bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah SMJA selama hampir sembilan tahun. Apabila Universiti Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1985, beliau mengikuti kursus Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons) di universiti ini dari bulan Oktober 1985 hingga 3 Jun 1989 dan berjaya memperolehi kelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama.  Kemudian beliau bertugas sebagai tutor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam. Pada tahun 1993 melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur dan lulus Sarjana Sastera  dalam bidang Sejarah Brunei pada tahun 1996.  Pada tahun 1998 hingga tahun 2002 mengikuti kursus Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti yang sama, dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Brunei pada bulan Ogos 2004.  Sekarang bertugas sebagai Prof. Madya di Pengajian Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial  Universiti Brunei Darussalam. Beliau telah menerbitkan buku Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985, Kesultanan Melayu Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran, Politik Brunei (1959 – 1983: Isu Pertahan dan Keselamatanserta Sejarah dan Pensejarahan Brunei: Dinamika Pembentukan dan Transformasi. Beliau  juga  menyumbangkan beberapa tulisan-tulisan ilmiah  dalam journal  tempatan seperti  dalam South East Asia A Multidisciiplinary JournalJournal Darussalam, Beriga dan Pelita Brunei. Sementara di luar negeri pula, artikel beliau pernah diterbitkan dalam Jurnal Pengajian Melayu,  Historia Jurnal Pendidikan Sejarah dan Journal Sosio Humanika. Artikel beliau juga pernah diterbitkan dalam buku Budaya Memeluk Akar Menyuluh ke Langit, terbitan Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang Singapura 2006,  Borneo Kalimantan 2009 Transformasi Sosial Masyarakat Pesisir Borneo- Kalimantan terbitan Institut Pengajian Asia Timur Universiti Malaysia Sarawak dan Rampak Serantau Terbitan Sidang ke-50 MABBIM.   Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja seminar-seminar  di peringkat nasional dan antarabangsa seperti di Indonesia, Malaysia,  Singapura, Thailand, Jepun dan Jerman.

Teaching Area

  • Pengantar Sejarah
  • Sejarah Brunei
  • Sejarah Kesultanan Melayu dan Sejarah Asia Tenggara.

Current Research

  • Sedang merancang penyelidikan Kesultanan Melayu Brunei: Sosial dan Ekonomi.

Publications

  • Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah & Awg Mohd Yusop bin Haji Awg Damit, 100 Tahun Kecemerlangan Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan: Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, 2014
  • Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Haji Mohd Hadi bin Mohammad Melayong & Awg Mohd Yusop bin Haji Awg Damit, Sultan Haji Omar Ali Saifuddien: Tokoh Adat Istiadat Brunei Sepanjang Zaman, Bandar Seri Begawan: Jabatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri  Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, 2014
  • Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Persejarahan Brunei, Kuala Lumpur: PTS Media Group Sdn Bhd, 2014
  • Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Haji Awg Asbol bin Haji Mail & Yabit Alas, 30 Tahun Universiti Brunei Darussalam: Membangun Tamadun Bangsa Berinovasi. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam, 2015
  • Haji Awg Asbol Bin Haji Mail, “Imej Telur dan Ayam dalam Masyarakat Melayu Brunei: Hubungannya dengan Folklore dan Sejarah” Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah Susurgalur, Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia, No.1 Vol. 3 Mac 2015

Contact

Phone: +673 246 0923

Email: asbol.mail@ubd.edu.bn

Latest DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us