Ceramah Khas Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1444H

Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD melalui Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Eksekutif Keugamaan dan Kerohanian (EKK), Persatuan Mahasiswa/i UBD (PMUBD) telah mengadakan Majlis Ceramah Khas bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1444H. Ceramah Khas ini merupakan antara acara-acara yang dianjurkan oleh para warga UBD bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pg Dr. Mohd Iskandar bin Pg Hj Petra, Pemangku Naib Canselor UBD. Majlis ini juga turut dihadiri dan dimeriahkan lagi oleh pegawai, pensyarah, kakitangan dan Mahasiswa-Mahasiswi UBD.

Bersesuaian dengan tema sambutan tahun ini iaitu “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian, Meraih Syafaat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam” ceramah khas bertajuk “Cinta Rasulullah: Cinta Luar Biasa” telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Antara tujuan Majlis sambutan ini adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersama-sama warga Universiti Brunei Darussalam. Selain itu, juga untuk memberi peluang kepada para warga UBD khususnya dan orang ramai amnya untuk sama-sama mengetahui dan meneladani akhlak Rasulullah dan seterusnya sebagai penghubung silaturrahim antara warga UBD dan orang ramai.

Latest DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us