Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:-
| JAWATAN | : | PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT I |
| TANGGAGAJI | : | D.3 EB.4-5 ($900.00 – $1,625.00) |
| KEKOSONGAN | : | SATU (01) |
| JABATAN | : | UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
| a. | Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. |
| b. |
ATAU |
| c. | Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. |
| d. | Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik. |
| e. | Mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mereka yang mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan merupakan satu kelebihan. |
SYARAT-SYARAT LAIN:
| a. | Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan. |
| b. | Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
| a. | Bertugas di Meja Perkhidmatan secara berjadual termasuk bertugas pada waktu tengahari, malam dan hari Sabtu bagi mengendalikan peminjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan serta kemudahan Perpustakaan; |
| b. | Memberi tunjuk ajar kepada Pengguna berkaitan penggunaan bahan sumber cetak dan elektronik serta lain-lain fasiliti Perpustakaan; |
| c. | Berperanan mendokong apa jua tugas atau inisiatif bagi menambahbaik perkhidmatan dan meningkatkan keselesaaan pengguna; |
| d. | Mengumpul dan menyediakan statistik bulanan bahagian dan menghadapkannya kepada ketua unit/bahagian; |
| e. | Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Ketua Unit/Bahagian dan Ketua Pustakawan dari masa ke semasa |
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
- Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PPTKT1
- Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 08 April 2026.
Iklan penuh bolehlah dilayari di laman sesawang https://ubd.edu.bn/about/career-opportunities/
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
- Satu (1) Laporan Sulit dari Ketua Jabatan
- Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
- Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan (SSM)
Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar tidak lewat dari 08 April 2026 ke alamat berikut:
PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
TINGKAT 1, BANGUNAN CAMPUS
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]
SILA AMBIL PERHATIAN:
- Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
- Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
- Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: recruitment@ubd.edu.bn
Tarikh Iklan: 26 Mac 2026
