Ketua Juruteknik Makmal

All jobs > Non Academic Position > Ketua Juruteknik Makmal

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:-

JAWATAN : KETUA JURUTEKNIK MAKMAL
TANGGAGAJI : C.3-4 EB.5 ($1,990.00 – $2,970.00)
KEKOSONGAN : SATU (01)
JABATAN : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
b.
  • BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains, Pengurusan Makmal atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

    ATAU

  • Telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Juruteknik Makmal Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

    ATAU

  • Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan jawatan.
c. Berpengalaman dalam kerja-kerja makmal sains di peringkat Universiti adalah keutamaan.
d. Berkebolehan dalam pengendalian peralatan makmal Fisik adalah satu kelebihan.
e. Berkebolehan mengendali peralatan / peralatan berkomputer dan mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah kelebihan.
f. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

1. Menyelia kakitangan teknikal makmal yang di bawah tanggungannya.
2. Menyediakan senarai keperluan-keperluan makmal (departmental orders/requirements) yang hendak dibeli setiap semester.
3. Menyediakan dan menyimpan rekod-rekod peralatan dan barangan (inventory) yang telah di terima dan digunakan di makmal.
4. Memantau dan mengawal penggunaan barang -barang guna habis supaya sentiasa cukup dalam simpanan.
5. Mengendalikan peralatan makmal Fisik seperti Uv-Vis, Centrifuge dan lain-lain.
6. Melatih kakitangan serta pelajar untuk menggunakan peralatan-peralatan makmal.
7. Membuat kerja-kerja pemeliharaan asas dan baik pulih ke atas peralatan-peralatan saintifik makmal.
8. Membantu Penguasa Pemeliharaan Peralatan dalam menyediakan perangkaan perbelanjaan tahunan.
9. Membantu Penguasa Pemeliharaan Peralatan mengendalikan sebarang latihan kepada semua kakitangan Teknikal Makmal jika ada keperluan.
10. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 09 April 2026.

Iklan penuh bolehlah dilayari di laman sesawang https://ubd.edu.bn/about/career-opportunities/

BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit dari Ketua Jabatan
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan (SSM)

Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar tidak lewat dari 09 April 2026 ke alamat berikut:

PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
TINGKAT 1, BANGUNAN CAMPUS
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

SILA AMBIL PERHATIAN:

  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
  • Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
  • Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: recruitment@ubd.edu.bn

Tarikh Iklan: 26 Mac 2026

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us