Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:-
| JAWATAN | : | PEGAWAI KEWANGAN KANAN |
| TANGGAGAJI | : | B.3 ($3,880.00 – $4,240.00) |
| KEKOSONGAN | : | SATU (01) |
| JABATAN | : | UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
| a. | Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. |
| b. |
ATAU 2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau Kewangan atau Ekonomi atau Pengurusan atau dalam bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan / atau pengalaman dalam bidang Perakaunan dan / atau Kewangan adalah merupakan satu kelebihan. ATAU 3. Telah berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Pegawai Kewangan dalam tangga gaji B.2 EB.3 / B.2 selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. ATAU 4. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang berkaitan dengan Perakaunan dan / atau Kewangan dalam tangga gaji B.2 EB.3 / B.2 selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. ATAU 5. Bagi yang tidak mempunyai kelulusan di perenggan (1.) atau (2.) di atas, hendaklah telah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang perakaunan dan / atau kewangan dalam tangga gaji B.2 selama tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. |
| c. | Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:
|
| d. | Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan mestilah mempunyai laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan. |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
| 1. | Menyelaras dan memastikan pemprosesan gaji bulanan bagi semua kakitangan UBD (tetap dan kontrak) dilaksanakan dengan tepat dan teratur, termasuk lantikan di bawah Kerajaan dan Tabung UBD. |
| 2. | Mengurus semua komponen gaji termasuk gaji pokok, elaun-elaun, kerja lebih masa, elaun memangku serta bayaran lain berkaitan kakitangan selaras dengan skim perkhidmatan dan pekeliling yang diluluskan. |
| 3. | Memastikan pemprosesan dan pembayaran gaji dilaksanakan mengikut garis masa serta keperluan kawalan yang ditetapkan. |
| 4. | Mengurus pembayaran pendahuluan gaji bagi kakitangan kontrak yang baharu dilantik serta memastikan tuntutan semula dibuat dengan segera daripada akaun emolumen Kerajaan. |
| 5. | Melaksanakan semakan pra-pemprosesan terhadap kelulusan Sumber Manusia dan sebarang perubahan yang dibenarkan bagi memastikan ketepatan dan kesempurnaan data. |
| 6. | Menyiasat, menyelesaikan, dan mendokumentasi sebarang ketidakselarasan berkaitan gaji serta memastikan jejak audit yang lengkap di samping memperkukuh kawalan dalaman. |
| 7. | Mengurus potongan berkanun termasuk TAP, SCP, SPK serta memastikan pembayaran dan penghantaran caruman kepada pihak berkuasa berkaitan dibuat tepat pada masanya dan mematuhi keperluan peraturan. |
| 8. | Menyelaras dan menyelenggara sistem gaji termasuk SSM dan TAFIS serta memastikan ketepatan data induk kakitangan dan keselamatan serta kerahsiaan maklumat terpelihara. |
| 9. | Menyediakan laporan berkaitan gaji serta analisis bagi menyokong pembuatan keputusan pengurusan, penyediaan bajet, dan pemantauan kewangan. |
| 10. | Memastikan urusan gaji mematuhi Peraturan Kewangan Kerajaan dan Tabung UBD, SOP serta pekeliling yang berkuat kuasa, di samping menyokong keperluan audit dalaman dan luaran. |
| 11. | Bertindak sebagai pegawai rujukan utama bagi hal-hal berkaitan gaji serta memberikan nasihat profesional bagi memastikan penyelarasan rekod dan proses. |
| 12. | Memimpin dan menyelia fungsi gaji dengan memacu penambahbaikan berterusan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memupuk budaya ketepatan, pematuhan, dan profesionalisme. |
| 13. | Membantu Bendahari dalam hal ehwal kewangan lain antaranya seperti:
|
| 14. | Hal-hal lain yang berkaitan dengan Kewangan yang diarahkan oleh Bendahari dan Naib Canselor. |
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
BAGI PEMOHON YANG TIDAK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
- Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PegawaiKewanganKananUBD26
- Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 23 April 2026.
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
- Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PegawaiKewanganKananUBD26
- Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 23 April 2026.
- Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
-
- Satu (1) Laporan Sulit
- Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
- Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan
Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
TINGKAT 1, BANGUNAN CAMPUS
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]
SILA AMBIL PERHATIAN:
- Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
- Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
- Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn
Tarikh Iklan: 09 April 2026
