Pegawai Projek (Tabung)

All jobs > Non Academic Position > Pegawai Projek (Tabung)

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:-

JAWATAN : PEGAWAI PROJEK (TABUNG)
TANGGAGAJI : UB.1 EB.2 [$2,450 – $4,240]
KEKOSONGAN : SATU (01)
JENIS PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN TETAP ATAU KONTRAK
*tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Tabung UBD
JABATAN : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

a. Mestilah terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
c. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perdagangan adalah kelebihan. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah merupakan satu kelebihan;
d. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah keutamaan;
e. Pengetahuan dan kemahiran dalam IT (mahir dalam pengurusan pangkalan data dan Microsoft Excel) menjadi satu kelebihan;
f. Mempunyai kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi dengan ciri keperibadian yang baik;
g. Mempunyai pengalaman dan pendedahan di peringkat antarabangsa sama ada dalam pekerjaan/pendidikan adalah merupakan satu kelebihan;
h. Boleh menggunakan aplikasi komputer berasaskan Apple dan berasaskan Window;
i. Mempunyai pengetahuan asas mengenai harta intelek (IP), pelesenan dan proses pengkomersialan;
j. Berkebolehan menjalankan penyelidikan pasaran dan mengenal pasti peluang industri;
k. Mempunyai kemahiran penyelarasan projek dan tindakan susulan yang baik;
l. Mempunyai kemahiran komunikasi profesional, menjaga kerahsiaan dan mampu membuat pertimbangan yang baik;
m. Berkebolehan bekerjasama dengan pelbagai fakulti, bidang dan pihak berkepentingan;
n. Berorientasikan hasil serta berminat dalam mengembangkan hasil penyelidikan kepada aplikasi yang memberi impak;
o. Mempunyai pengetahuan asas kewangan dan perniagaan, termasuk pelesenan, royalti, penilaian teknologi dan model perniagaan;
p. Mempunyai kemahiran pembentangan dan penyampaian idea yang berkesan kepad apihak yang berkepentingan;
q. Mempunyai pengetahuan asas mengenai perjanjian berkaitan pengkomersialan serta berkebolehan membantu dalam rundingan komersial;
r. Berkebolehan mengurus pangkalan data, rekod dan laporan menggunakan aplikasi pejabat dan pengurusan data;
s. Mempunyai kemahiran asas dalam khidmat nasihat perniagaan, termasuk membantu penyelidik dan pasukan spin-off dalam strategi pengkomersialan, model perniagaan dan kedudukan pasaran.

SYARAT-SYARAT LAIN:

a. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
b. Mampu untuk bertugas di bawah tekanan dan dapat menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditetapkan;
c. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

a. Mengenal pasti dan menilai hasil penyelidikan, inovasi, prototaip, perisian dan teknologi UBD yang berpotensi untuk dikomersialkan atau digunkaan oleh industri dan masyarakat;
b. Membuat penilaian awal terhadap potensi teknologi untuk dibangunkan dan dikomersialkan, termasuk cadangan nilai, potensi pasaran dan daya maju komersial;
c. Membantu penyelidik mengenal pasti kegunaan praktikal, pengguna sasaran, keperluan pasaran dan potensi komersial hasil penyelidikan atau teknologi mereka;
d. Menjalankan tinjauan pasaran bagi mengenal pasti peluang serta pihak yang berpotensi untuk bekerjasama, termasuk syarikat, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (SBK), perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), syarikat pemula, pelabur dan usahawan;
e. Mencadangkan kaedah pengkomersialan yang sesuai, seperti pelesanan, kerjasama dengan industri, projek rintis, perkhidmatan perundingan, pembangunan syarikat pemula atau penubuhan syarikat terbitan (spin-off);
f. Menyediakan bahan dan dokumen berkaitan pemindahan teknologi dan pengkomersialan, termasuk profil teknologi, bahan pembentangan, ringkasan pengkomersialan, laporan peluang pasaran dan bahan untuk bakal rakan kerjasama;
g. Membantu proses pelesenan dan pemindahan teknologi, termasuk mengenal oasti bakal pemegang lesen atau pengguna teknologi, menyeleras perbincangan awal, membantu penyediaan dokumen dan membuat tindakan susulan dengan pihak berkaitan;
h. Membantu mengurus keperluan kerahsiaan bagi urusan pemindahan teknologi, termasuk penyediaan, semakan dan pemantauan Perjanjian Kerahsiaan (Non-Disclosure Agreement – NDA) sebelum maklumat sulit dikongsikan;
i. Membantu menilai potensi penubuhan syarikat pemula atau syarikat terbitan (spin-off), termasuk membuat penilaian terhadap pasaran, pelanggan, pesaing, model perniagaan dan potensi pendapatan;
j. Mengurus dan mengemas kini rekod serta laporan berkaitan pemindahan teknologi dan pengkomersialan, termasuk status teknologi, harta intelek, peluang pasaran, minat pihak industri, perkembangan pelesenan dan tindakan susulan untuk dilaporkan kepada Timbalan Pengarah Pengkomersialan.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

  • Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PPTUBDOAVCIEED2026
  • Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 11 Oktober 2026.

SILA AMBIL PERHATIAN:

  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
  • Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
  • Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn

Tarikh Iklan: 28 September 2026

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us