Universiti Brunei Darussalam
Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:-
| JAWATAN | : | PEMANDU |
| TANGGAGAJI | : | F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 – $790) |
| KEKOSONGAN | : | DUA (02) |
| JABATAN | : | UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
| a. | Mestilah terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. |
| b. | Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. |
| c. | i) Lulus Tingkatan 1 atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai kelulusan yang lebih tionggi merupakan satu kelebihan. ATAU ii) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan selama tidak kurang dari lima (5) tahun. |
| d. | Mempunyai lesen memandu kelas 3/4/5/6. |
| e. | Mempunyai badan yang sihat serta lulus pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang diiktiraf. |
| f. | Tidak pernah didakwa kerana kesalahan memandu. |
| g. | Berpengalaman memandu semua jenis kenderaan dan berkebolehan membaiki kerosakan kecil adalah kelebihan. |
| h. | Keutamaan akan diberikan kepada calon LELAKI. |
| i. | Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan. Mereka yang mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah kelebihan. |
| j. | Berkebolehan menjalankan penyelidikan pasaran dan mengenal pasti peluang industri; |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
| a. | Memandu kenderaan yang digunakan bagi membawa penumpang-penumpang dan pegawai/kakitangan Kementerian/Jabatan bagi urusan-urusan rasmi Kementerian/Jabatan (jika berkenaan) |
| b. | Memandu bagi menyediakan pengangkutan “shuttle” di dalam Kampus Universiti dan menyediakan laporan jumlah penggunaan. |
| c. | Bertanggungjawab membantu mengurus kerja-kerja pemeliharaan, pemeriksaan dan pembaikan kerosakan kenderaan yang digunakan termasuk kerja-kerja berkaitan serta penyambungan cukai jalan jika diperlukan. |
| d. | Membuat dan menghadapkan laporan dengan seberapa segera sekiranya ada kerosakan-kerosakan yang perlu gantian. |
| e. | Bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan kenderaan yang digunakan dan memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik dan bersih serta mempunyai kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan. |
| f. | Bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang. (jika berkenaan) |
| g. | Bersedia untuk ditempatkan dan ditugaskan di mana-mana daerah jika diperlukan. |
| h. | Sentiasa mencatatkan setiap perjalanan-perjalanan yang menggunakan kenderaan Kementerian/Jabatan ke dalam buku catatan yang telah dikhaskan. (jika berkenaan) |
| i. | Sentiasa menggunakan buku khas bagi pengambilan minyak dan mencatatkan setiap epngambilan minyak bagi kenderaan-kenderaan Kementerian/Jabatan ke dalam buku catatan yang telah dikhaskan. (jika berkenaan) |
| j. | Menerima arahan dari semua pegawai atasan dari masa ke semasa. |
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
- Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PemanduUBD26
- Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 19 Oktober 2026.
SILA AMBIL PERHATIAN:
- Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
- Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
- Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn
Tarikh Iklan: 05 Oktober 2026
