Pembantu Perpustakaan Tingkat II

All jobs > Non Academic Position > Pembantu Perpustakaan Tingkat II
Full-time

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

 

JAWATAN                               :               PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT II

TANGGAGAJI                         :               D.1-2 EB.3 [$530 – $1,125]

KEKOSONGAN                       :               4 JAWATAN       

JABATAN                                 :               UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  1. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
  2. i) Lulus dengan kepujian/kredit 4 matapelajaran dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau mempunyai kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  3. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.

ATAU

  1. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji E.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
  4. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mereka yang mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

SYARAT-SYARAT LAIN:

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja sebagaimana yang diarahkan.
  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian;
  2. Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan pengguna seperti bertugas di Meja Perkhidmatan; mengendalikan pemulangan, peminjaman, pembaharuan bahan, pembayaran denda dan lain-lain;
  3. Memberikan bantuan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan asas di Perpustakaan seperti penggunaan eClik, mesin cetak, mesin pengimbas dan lain-lain;
  4. Bertanggungjawab mengemas dan menyusun bahan ke rak mengikut jadual yang ditetapkan;
  5. Bertugas di Meja Perkhidmatan pada waktu tengahari, malam, Sabtu dan Ahad secara bergilir-gilir;
  6. Lain-lain tugas yang diarahkan mengikut bahagian di mana kakitangan ini ditempatkan.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini: https://tinyurl.com/PPTKT2

Hendaklah memuat naik Salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah disikan dengan lengkap tidak lewat 30 Disember 2025.

Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya di tahap Sangat Baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

PEJABAT SUMBER MANUSIA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

SILA AMBIL PERHATIAN:

Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.

Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn

Tarikh Iklan: 17 Disember 2025

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us