Penolong Kurator dan Botanist (Tabung)

All jobs > Non Academic Position > Penolong Kurator dan Botanist (Tabung)

Pemohon-pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PENOLONG KURATOR DAN BOTANIST (TABUNG)
TANGGAGAJI : C.3-4 EB.5
KEKOSONGAN : 01 JAWATAN
JENIS PERKHIDMATAN :

PERKHIDMATAN TETAP ATAU KONTRAK
*tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Tabung UBD

JABATAN : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM  

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

a.

Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap;

b.

Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam;

c.

Mempunyai BDTVEC / BTEC Diploma Tinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Biologi / Botani / Hortikultur atau sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah merupakan satu kelebihan.

d.

Berkebolehan  bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah keutamaan.

SYARAT-SYARAT LAIN:

a.

Mempunyai kemahiran dalam botanical gardening dan pengetahuan yang kukuh tentang teknik penyebaran tumbuhan dan pemeliharaan;

b.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang botani dan taksonomi berkaitan tumbuhan tropika, termasuk pengalaman kerja lapangan di hutan-hutan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu kelebihan;

c.

Mempunyai pengalaman dan pendedahan di peringkat antarabangsa sama ada dalam pekerjaan/pendidikan adalah merupakan satu kelebihan;

d.

Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan;

e.

Berkemampuan untuk bekerja secara berdikari dan memainkan peranan ketika bekerja secara berpasukan;

f.

Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

a.

Mengetahui misi, peranan, perkhidmatan dan keperluan Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam (UBD
Botanical Research Centre) serta keperluan Universiti Brunei Darussalam yang lain;

b.

Membantu membangun dan mempertingkatkan koleksi tumbuhan hidup di Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam, termasuk koleksi khas, koleksi herbarium dan koleksi pameran serta bahan berkaitan;

c.

Melaksanakan penyelenggaraan rutin dan operasi harian di taman, nurseri, rumah hijau dan kemudahan berkaitan di Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam;

d.

Membantu melaksanakan dan menyumbang kepada aktiviti-aktiviti pendidikan dan outreach, serta sesi pendidikan berkaitan botani, perhutanan dan alam sekitar;

e.

Membantu mengurus dan menyelenggara inventori peralatan, bahan guna habis serta membantu hal ehwal pentadbiran, kewangan dan perolehan yang berkaitan dengan Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam;

f.

Melatih dan memantau kakitangan yang berkhidmat di bawah Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam (termasuk pelatih dan sukarelawan);

g.

Membantu dan menjalankan projek penyelidikan dan aktiviti kerja lapangan yang dijalankan di bawah Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam;

h.

Menyelenggara dan mengemas kini platform media sosial dan laman sesawang Pusat Penyelidikan Botani Universiti Brunei Darussalam bagi tujuan pendidikan, promosi dan meningkatkan keterlibatan awam.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PenolongKuratorDanBotanist

Hendaklah memuat naik Salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah disikan dengan lengkap tidak lewat 15 Mac 2026.

SILA AMBIL PERHATIAN:

Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.

Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn

Tarikh Iklan: 02 Mac 2026

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us