Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:
JAWATAN : PENSYARAH (PT1A) / PENOLONG PROFESOR (PT2/PT2A)
TANGGAGAJI : PT1A ($3190 – $3300 – $3410 – $3520 – $3640 – $376O EBKhas $3880 – $4000 – $4120 – $4240) PT2 ($3880 – $4000 – $4120 – $4240 – $4360 EBKhas $4480 – $4600 – $4720 – $4840 – $4960) PT2A ($4480 – $4600 – $4720 – $4840 – $4960 – $5080 – $5200 – $5320 – $5400 EBKhas $5610)
BIDANG : https://ubd.edu.bn/job/academic-positions-opportunities/
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
- BAGI JAWATAN PENSYARAH DALAM TANGGAGAJI PT1A:
- Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau sebanding dalam bidang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei
- Benar-benar mempunyai minat untuk mengajar dan membuat
- Berumur tidak melebihi 35 tahun adalah
2. BAGI JAWATAN PENOLONG PROFESOR DALAM TANGGAGAJI PT2 / PT2A:
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Bagi yang tidak mempunyai Ijazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama sebagai kelebihan)dari universiti/fakulti universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan dimana calon menjalani kursus Ph.D dan kualiti pencapaian Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D).
- Berumur tidak melebihi 40 tahun adalah
- Mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi sekurang-kurangnya di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
- Bagi tanggagaji PT2, syarat tambahan adalah:
- Telah berkhidmat dengan Kerajaan dan telah ditetapkan dalam jawatan Pensyarah didalam tanggagaji PT1A selama tidak kurang dari empat (4) tahun
ATAU
Telah berkhidmat dengan Pusat-Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri termasuk bukan Kerajaan yang diiktiraf oleh Kerajaan didalam jawatan sebanding dengan jawatan Penolong Profesor atau jawatan sebanding dengan petugasan ‘substantive’ mengajar dan menyelidik didalam tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Menunjukkan potensi tinggi untuk maju didalam pengajaran, penyelidikan, kebolehan didalam penulisan akademik dan perkhidmatan kepada
- Bagi tanggagaji PT2A, syarat tambahan hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Mempunyai pengalaman yang cukup lama sebagai tenaga akademik di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan dan memegang jawatan yang sebanding
- Mempunyai rekod cemerlang dalam pengajaran dan
- Telah memegang jawatan yang sebanding dengannya bagi tempoh yang
- Dibidang penyelidikan TELAH MULA menghasilkan tulisan-tulisan akademik yang diterbitkan di dalam ‘refereed journal’ atau sumbangan bab atau ‘chapter’ di dalam buku-buku akademik atau menghasilkan kertas-kertas akademik bagi seminar/persidangan serantau/antarabangsa atau menerbitkan buku
- Pernah menyelia thesis Ijazah Sarjana sebagai satu
- Pernah memegang jawatan-jawatan sebagai Ketua Jabatan atau Penolong Ketua Jabatan atau Penolong Dekan atau jawatan berkaitan dengan rekod prestasi sekurang-kurangnya sangat baik sebagai satu
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Memberi kuliah, tutorial dan menjalankan
- Komited dalam kegiatan Universiti Brunei Darussalam untuk kepentingan kerja dan kemajuan Universiti Brunei
- Menyumbang kertas-kertas akademik bagi seminar/persidangan dan menerbitkan hasil-hasil kerja akademik dan
- Aktif didalam sumbangan kemasyarakatan berkaitan dengan
- Tugas dan tanggungjawab lain seperti yang diarahkan oleh Dekan Fakulti dan Pegawai Atasan
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini:
https://forms.gle/3WmiGGEhmXJu9B7x7 dan memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang-borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 28 Februari 2026
Iklan penuh bolehlah dilayari di laman sesawang https://ubd.edu.bn/about/career-opportunities/
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
- Satu (1) Laporan Sulit dari Ketua Jabatan.
- Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
- Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan (SSM)
- Dokumen-Dokumen tersebut hendaklah dihadapkan tidak lewat 28 Februari 2026 ke alamat berikut:
PEJABAT SUMBER MANUSIA
TINGKAT 1, BANGUNAN CAMPUs
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.
Tarikh Iklan: 27 Januari 2026
