Penyelia Pejabat

All jobs > Non Academic Position > Penyelia Pejabat

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a)

Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN                                :               PENYELIA PEJABAT

TANGGAGAJI                         :               C.1-2 EB.3 ($1,280 – $2,270)

KEKOSONGAN                      :               1 JAWATAN

JABATAN                                 :               UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM     

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
b. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Kerani dalam tangga gaji D.1-2-3 EB.4-5 tidak kurang dari 5 tahun.
c. Lulus Peperiksaan Kerani Rendah:

i)         Aturan Pejabat

ii)        Pengetahuan Am

iii)      Surat Menyurat

d. Telah mengikuti kursus-kursus Induksi dan Profesional bagi Kerani yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.
e. Mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mereka yang mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan merupakan satu kelebihan.

SYARAT-SYARAT LAIN:

a. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja sebagaimana yang diarahkan.
b. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

a. Menyediakan statistik bagi pegawai dan kakitangan UBD:

i.   Akan/telah bersara.

ii.   Kenaikan gaji tahunan / Sekatan Kecekapan Gaji (EB) / Pelanjutan Matagaji EB Khas.

iii.   Penetapan jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan.

b. Mengurus dan meneliti proses hal ehwal:

i.   Kenaikan gaji tahunan / Sekatan Kecekapan Gaji (EB) dan Pelanjutan Matagaji EB Khas bagi semua warga UBD termasuk Tabung UBD.

ii.   Sekatan Kecekapan Gaji (EB) bagi pegawai dan kakitangan Bahagian II keatas warga UBD (proses sokongan secara pekeliling ke Ahli Lembaga Perjawatan UBD).

iii.   Penetapan jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan bagi semua warga UBD (proses sokongan secara pekeliling ke Ahli Lembaga Perjawatan UBD bagi lantikan UBD dan proses sokongan ke SSM bagi lantikan SPA/JPA).

iv.   Proses persaraan wajib.

v.   Proses pesara awal dan menamatkan perkhidmatan (proses secara pekeliling ke Ahli Lembaga Perjawatan UBD bagi lantikan UBD dan proses ke JPA bagi lantikan SPA/JPA).

vi.   Penyelarasan permohonan penyerapan lantikan perkhidmatan bergaji hari ke jawatan tetap jika memenuhi syarat.

vii.   Penyambungan perkhidmatan dengan secara Sebulan Ke Sebulan “Tempoh Dibaharui Dengan Permohonan” (SKS-TDDP).

(proses secara pekeliling ke Ahli Lembaga Perjawatan UBD bagi lantikan UBD dan proses ke JPA bagi lantikan SPA/JPA).

viii.   Permohonan elaun pelajaran.

ix.   Pemberian elaun-elaun cuti setiap 4 tahun bagi pegawai tempatan (melalui SSM) termasuk Tabung UBD.

x.   Permohonan pinjaman membeli kenderaan Kerajaan serta surat perjanjian.

xi.   Permohonan pinjaman bagi membina rumah / membeli rumah dan pembelian tanah.

xii.   Permohonan pengurniaan tambang haji dan kebenaran cuti khas bagi menunaikan fardhu haji.

xiii.   Permohonan elaun hitung kilometer (melalui SSM).

xiv.   Permohonan elaun rumah ke pejabat.

xv.   Permohonan untuk tinggal di Brunei House.

xvi.   Permohonan penglibatan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan dalam pekerjaan luar dan perniagaan kecil secara sambilan serta menjadi urusetia bagi Jawatankuasa Memiliki Perniagaan dan Pekerjaan Luar.

c. Melaksanakan permohonan-permohonan melalui dan pengemaskinian maklumat yang berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab dalam sistem SSM.
d. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh  pegawai atasan dari masa ke semasa.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PenyeliaPejabatUBD

Hendaklah memuat naik Salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah disikan dengan lengkap tidak lewat 03 Mac 2026.

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya di tahap Sangat Baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PEJABAT SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

SILA AMBIL PERHATIAN:

Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.

Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn

Tarikh Iklan: 18 Februari 2026

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us