Pemohon-pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut;-
| JAWATAN | : | PUSTAKAWAN |
| TANGGAGAJI | : | UB.1 EB.2 ($2,450 – $4,240) |
| KEKOSONGAN | : | 1 JAWATAN |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
- Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah kelebihan.
- Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan mestilah mempunyai laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Mengetuai salah satu bahagian di dalam Perpustakaan.
- Bertanggungjawap membantu merancang, mengurus, menggubal, mengawal, menentukan dasar dan hala tuju organisasi serta rangkaian perkhidmatan yang disediakan bagi mendokong matlamat dan Pelan Strategik Perpustakaan.
- Melaksana secara profesional pembangunan bahan sumber, pendokumentasian serta pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan asas Perpustakaan, pengurusan ilmu, dan lain-lain.
- Menyelia dan melatih kakitangan bahagian, termasuk mengawasi disiplin serta prestasi kerja kakitangan bawahan.
- Terlibat secara langsung dalam penyelidikan mengenai Perpustakaan di dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti perkhidmatan dan seterusnya menghasilkan penulisan.
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
BAGI PEMOHON YANG TIDAK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
- Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PustakawanUBD2026
- Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 20 Februari 2026.
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
- Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PustakawanUBD2026
- Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 20 Februari 2026.
- Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
-
- Satu (1) Laporan Sulit
- Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
- Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan
KEPADA:
PEJABAT SUMBER MANUSA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]
Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn
|
|
Tarikh Iklan: 05 Februari 2026
