Timbalan Pendaftar

All jobs > Non Academic Position > Timbalan Pendaftar

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a)

Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:-

JAWATAN                 :           TIMBALAN PENDAFTAR  

TANGGAGAJI          :           UB.4 ($5,400)

KEKOSONGAN        :           1 JAWATAN

JABATAN                  :           UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM    

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu   Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.
c. Telah berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi sebagai Penolong Pendaftar dalam tangga gaji UB.1 EB.2 selama tidak kurang dari tujuh (7) tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
d. Pemohon hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
e. Mempunyai pengalaman memimpin serta melaksanakan projek di peringkat universiti merupakan satu kelebihan.
f. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

a. Melapor kepada Penolong Naib Canselor atau Pendaftar dan Setiausaha dan bertanggungjawab membantu dalam pengurusan serta penyelarasan operasi jabatan atau bahagian yang ditetapkan.
b. Bertanggungjawab sebagai ketua operasi bagi satu atau lebih bidang utama, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Bahagian Sumber Tenaga Manusia;
  • Bahagian Pentadbiran Akademik;
  • Bahagian Penyelidikan, Innovasi dan Kemampanan.; atau

Mana-mana bidang lain sebagaimana yang diarahkan.

c. Merancang, menyelaras dan memastikan pelaksanaan pelan strategik, dasar serta inisiatif jabatan selaras dengan hala tuju dan keperluan Universiti Brunei Darussalam.
d. Memastikan pematuhan terhadap statut, peraturan, dasar dan garis panduan universiti serta peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa.
e. Menyumbang kepada pembangunan, semakan dan penambahbaikan dasar, prosedur dan kerangka tadbir urus universiti dari semasa ke semasa.
f. Memacu penambahbaikan proses kerja, kecekapan pentadbiran serta pengurusan perubahan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan universiti.
g. Mengenalpasti, menilai dan mengurus risiko operasi serta memastikan akauntabiliti, integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan tugas dan keputusan jabatan.
h. Sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa-jawatankuasa universiti dan/atau Senat (tertakluk kepada penempatan),termasuk menyediakan kertas kerja, laporan serta memastikan pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui.
i. Memberi kepimpinan, bimbingan dan pembangunan kapasiti kepada pegawai dan kakitangan di bawah seliaan bagi memastikan prestasi pasukan yang berkesan dan mampan.
j. Mewakili universiti dalam mesyuarat dalaman dan luaran apabila diarahkan serta menjalankan apa apa tugas lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa.
k. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Naib Canselor / Pendaftar dan Setiausaha dari semasa ke semasa.

MENGHADAPKAN PERMOHONAN

BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN SAHAJA

  • Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/TimbalanPendaftarUBD26
  • Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 25 Mac 2026.

Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

SILA AMBIL PERHATIAN:

  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat KELAYAKAN MINIMUM (shortlisted) akan dipanggil Ujian dan / atau dipanggil Temu duga.
  • Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn

Tarikh Iklan: 11 Mac 2026

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us