Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:
JAWATAN | : PEGAWAI PROJEK (TABUNG) |
TANGGAGAJI | : UB.1 EB.2 [$2,450 – $4,240] |
KEKOSONGAN | : 2 ORANG |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
a. | Mestilah terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap. |
b. |
Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. |
c. |
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Science, Computer Science, Engineering, Business or Economics atau sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan. |
d. |
Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah keutamaan. |
e. |
Mempunyai kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi dengan ciri keperibadian yang baik. |
f. |
Proaktif, kreatif, dinamik dan mampu bekerja secara bebas dengan pengawasan yang minimum. |
g. |
Mampu bekerja secara berpasukan, bersedia untuk menyumbang kepada kejayaan projek dan program UBD dalam tempoh masa yang ditetapkan, termasuk bekerja di luar waktu pejabat apabila diperlukan. |
h. | Mempunyai pengetahuan dalam menganalisis data dan menyelenggara laman web. |
i. |
Mempunyai kemahiran dalam penulisan laporan. |
j. |
Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, terutamanya Microsoft 365 termasuk termasuk Power Automate dan SharePoint serta pengetahuan yang mendalam tentang alat digital seperti Notion. |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
Sistem Pengurusan Penyelidikan / Research Management System (ReMS)
1. | Bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berada di bawah bidang kuasa Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Innovasi dan Kemampanan) dan pejabatnya; khususnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Penyelidikan (ReMS) dan lain-lain. |
2. | Automate proses pejabat dan aliran kerja menggunakan alat Microsoft 365 seperti SharePoint, Power Automate, dan Power Apps. |
3. | Menyelesaikan masalah teknikal yang berkaitan dengan ReMS, memastikan pengoptimuman berterusan dan memberikan sokongan kepada pengguna. |
4. | Mengumpul, memasukkan dan membuat kesimpulan mengenai data statistik yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan UBD. |
5. | Menjalin usahasama dengan stakeholders dalam penambahbaikan sistem dalam ReMS. |
6. | Melatih kakitangan dan penyelidik tentang penggunaan ReMS. |
7. | Memantau prestasi sistem, integriti data, dan langkah-langkah keselamatan dengan ReMS. |
8. | Memproses dan mengurus pembelian FIN2 yang berkaitan dengan projek penyelidikan, memastikan pematuhan kepada had peruntukan. |
9. | Menyediakan laporan perbelanjaan geran dan mengekalkan rekod yang tepat. |
10. | Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Innovasi dan Kemampanan). |
Pegawai Penyelidikan Data / Research Database Officer
1. | Bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berada di bawah bidang kuasa Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Innovasi dan Kemampanan dan pejabatnya; khususnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Notion Database dan lain-lain. |
2. | Membangun, merancang, menyelenggara, dan mengemas kini Notion Database secara berterusan. |
3. | Merancang dan menyelenggara platform digital Pejabat Penyelidikan termasuk laman web dan media sosial. |
4. | Membantu dalam merancang dan menganjurkan latihan/workshop/acara yang berkaitan dengan pengurusan penyelidikan. |
5. | Memantau dan menyediakan laporan perbelanjaan geran, peruntukan dan maklumat kewangan menggunakan FIN2 dan Notion Database. |
6. | Berhubung dengan dengan Fakulti/Institut/Pusat/Kumpulan Penyelidikan/Pejabat Kewangan yang berkaitan untuk memastikan ketepatan maklumat laporan mengikut jangka masa yang ditetapkan. |
7. | Untuk membuat laporan berkaitan dengan aktiviti penyelidikan UBD. |
8. | Mereka bentuk newsletter dan bahan publisiti lain yang berkaitan dengan penyelidikan di UBD. |
9. | Membantu dalam tugas editorial yang berkaitan dengan penerbitan penyelidikan. |
10. | Untuk melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan, Innovasi dan Kemampanan). |
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini: https://bit.ly/PEGAWAIPROJEKTABUNG2024
Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 18 November 2024.
Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.
Tarikh Iklan: 04 November 2024