KERANI

All jobs > KERANI
Full-time

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut;-

JAWATAN KERANI
TANGGAGAJI D.1-2-3 EB.4-5 ($530 – $1,625)
KEKOSONGAN 5 ORANG

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

a. Mestilah terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
c.

i) Mempunyai empat (4) kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa termasuk Bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.

ATAU
ii) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Pembantu Pejabat dalam tanggagaji E.1-2-3 EB.4 selama tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
d.

Bagi calon di perenggan c.ii.,

  1. Telah lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi penetapan jawatan.
  2. Sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus Induksi dan Profesional bagi Pembantu Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.
e. Berkebolehan dalam menggunakan computer adalah merupakan satu kelebihan.
f. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

SYARAT-SYARAT LAIN

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Menaip persuratan termasuk penyemakan (proof reading), system failing dan susulan.
  2. Tertakluk kepada fungsi Jabatan/Bahagian/Unit, tanggungjawab juga termasuk pengurusan kewangan, memproses permohonan dan pentadbiran pejabat.
  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

BAGI PEMOHON YANG TIDAK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini: https://tinyurl.com/Kerani2024UBD

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 17 September 2024.

 

BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/Kerani2024UBD

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 17 September 2024.

Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan


KEPADA:

PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.

Tarikh Iklan: 03 September 2024

 

 

Latest DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us