Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut;-
JAWATAN | : PEMBANTU MAKMAL/BILIK KULIAH DEMONSTRASI |
TANGGAGAJI | : D.1-2-3 EB.4-5 [$530 – $1,625] |
KEKOSONGAN | : 2 JAWATAN |
JABATAN | : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
a. | Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. |
b. | Lulus dengan kepujian/kredit 4 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau mempunyai kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan. ATAU Telah berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji E.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. ATAU Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji E.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. |
c. | Mempunyai kepujian/kredit 4 mata pelajaran iaitu dalam mata pelajaran Kimia / Biologi / Fizik dan Matematik dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa adalah menjadi satu kelebihan. |
d. | Mempunyai kebolehan dan telah menjalani latihan asas dalam penggunaan komputer adalah satu kelebihan. |
e. | Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mereka yang mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan. |
SYARAT-SYARAT LAIN:
a. | Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan. |
b. | Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Membuat kerja-kerja penyediaan makmal untuk latihan amali penuntut.
- Memastikan makmal yang di bawah seliaan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan teratur.
- Melaksanakan kerja-kerja rutin pemeliharaan makmal dan memastikan segala peralatan-peralatan makmal sentiasa dalam keadaan baik.
- Memantau kawasan atau stesen kerja pelajar di dalam makmal bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan sentiasa terjamin dan terpelihara.
- Mengendalikan kerja-kerja di stor bahan kimia, stor alat radas dan lain-lain peralatan jabatan.
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini: https://tinyurl.com/PMBKDUBD2025
Hendaklah memuat naik Salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah disikan dengan lengkap tidak lewat 24 Ogos 2025.
Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
- Satu (1) Laporan Sulit
- Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
- Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan
Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]
Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bn
Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temu duga.
Tarikh Iklan: 11 Ogos 2025