Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat II

All jobs > Non Academic Position > Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat II
Full-time

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT II
TANGGAGAJI : C.1-2 EB.3 ($1,280 – $2,270)
KEKOSONGAN : 2 ORANG

  SYARAT-SYARAT KELAYAKAN: 

a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. 
b. i)

Mempunyai Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (OND) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah merupakan satu kelebihan. 

ATAU 
ii) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Pembantu Perpustakaan Tingkat I atau dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tangga gaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari tiga (3) tahun atau sebagai Pembantu Perpustakaan Tingkat II atau dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tangga gaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 
c. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah kelebihan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

a.      Terlibat secara langsung dalam pembangunan koleksi; memilih, menilai, mengemaskini bahan sumber fizikal dan elektronik;
b.      Bertanggungjawap membantu mengendalikan perhubungan bersama pembekal seterusnya memastikan akses yang efisien kepada semua bahan sumber elektronik;
c.        Membantu memproses urusan pembayaran yang melibatkan sistem Tafis;
d.     Membantu memastikan semua fasiliti yang disediakan berfungsi dengan baik dan semua perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan komuniti universiti dan orang ramai;
e.       Berperanan sebagai frontliner yang berkomunikasi dan menyelaras keperluan Pengguna / pihak-pihak yang berkepentingan dengan teliti dan teratur;
f.        Menyediakan apa jua laporan yang diperlukan daripada bahagian;
g.       Bertugas malam/ Sabtu / Ahad mengikut giliran jadual yang telah ditetapkan juga bertugas pada bila-bila masa yang diperlukan;
h.      Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dan Ketua Pustakawan.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

BAGI PEMOHON YANG TIDAK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PPPTIIUBD2025

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 19 Jun 2025. 

 

BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PPPTIIUBD2025

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 19 Jun 2025.

Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

KEPADA

PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

Permohonan yang tidak lengkap, mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.

Tarikh Iklan: 05 Jun 2025

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us