Penolong Pensyarah

All jobs > Academic Position > Penolong Pensyarah

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut;-

JAWATAN PENOLONG PENSYARAH
JABATAN INSTITUT PENYELIDIKAN BIODIVERSITI DAN ALAM SEKITAR (IBER), UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
BAHAGIAN II
TANGGAGAJI UB1 EB2
KEKOSONGAN SATU (1)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
b.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas kedua atau yang sebanding dengannya dalam bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti berikut:-

  • Biodiversiti (Biodiversity)
  • Ekologi (Ecology)
  • Biologi pemuliharaan (Conservation Biology)
  • Biologi (Biology)
  • Botani (Botany)
  • Lain-lain disiplin yang berkaitan dan diiktirafkan.
c. Mempunyai kelulusan-kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.
d. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan dari segi teori dan amali.
e. Mempunyai pengalaman menjalankan kajian dalam bidang biodiversiti atau yang berkaitan di kawasan hutan-hutan di Negara Brunei Darussalam.
f. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa antarabangsa dengan baik.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

a. Berkebolehan dalam memainkan peranan yang proaktif dalam bidang pengajaran dan fieldwork, program-program penyelidikan dan pendidikan dan lain-lain program latihan, bengkel dan outreach yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER) di Pusat Kajian Luar Kuala Belalong (KBFSC), Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC) dan kawasan hutan-hutan yang lain di Negara Brunei Darussalam.
b.

Berkebolehan dalam bidang penyelidikan:

  • Biodiversiti (Biodiversity)
  • Ekologi tropika (Tropical ecology)
  • Ekologi ekosistem (Ecosystem ecology)
  • Biologi pemuliharaan (Conservation biology)
  • Botani (Botany)
c. Melaksanakan dan menyokong projek-projek penyelidikan di Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER) berkaitan dengan biodiversiti (biodiversity), ekologi tropika (tropical ecology), ekologi ekosistem (ecosystem ecology), biologi pemuliharaan (conservation biology) dan botani (botany).
d. Menyokong hal ehwal pengurusan dan pentadbiran bagi Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER), Pusat Kajian Luar Kuala Belalong (KBFSC)  dan Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC)
d. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa dikehendaki serta bersedia untuk ditempatkan di Pusat Kajian Luar Kuala Belalong (KBFSC) dan melaksanakan fieldwork di hutan-hutan seluruh Brunei.
e. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pegawai-pegawai atasan dari masa ke semasa.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini:

Kod QR Pautan
https://forms.gle/PYuJwe4FB4yDQYCK8

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang-borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 28 Disember 2024.

PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temu duga.

Tarikh Iklan: 11 Disember 2024

Latest DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us