Penolong Penyelia Pusat Penyelidikan Luar

All jobs > Non Academic Position > Penolong Penyelia Pusat Penyelidikan Luar

Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut;-

JAWATAN :    PENOLONG PENYELIA PUSAT PENYELIDIKAN LUAR
TANGGAGAJI :  C.1-2 EB.3 [$1,280 – $2,270]
KEKOSONGAN 1 ORANG      


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  1. Mestilah terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
    1. Mempunyai Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (OND) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya dalam bidang Sains atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
      Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.

      ATAU

    2. Telah berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari 3 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

      ATAU

    3. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari 4 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
  3. Mestilah mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.
  4. Mempunyai pengetahuan mengenai dengan prosedur perubatan dan pertolongan cemas adalah merupakan satu kelebihan.
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  6. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

SYARAT-SYARAT LAIN

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Penyelia mengendalikan tugas-tugas di Pusat Penyelidikan Kuala Belalong dari segi pentadbiran, logistik, keselamatan, pengurusan bangunan penyeliaan kakitangan, perhubungan awam, pengurusan pemeliharaan kehidupan liar dan alam semulajadi dan sebagainya dalam mana akan mengadakan dasar-dasar di pusat tersebut;
  2. Menjadi jurupandu di kawasan-kawasan luar apabila diperlukan;
  3. Membuat kerja bergilir-gilir bagi menggantikan tugas waktu malam dan hujung minggu;
  4. Mewakili Penyelia apabila

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

BAGI PEMOHON YANG TIDAK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan ini: https://tinyurl.com/PPPPL2025.

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 08 April 2025.


BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PPPPL2025

Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 08 April 2025.

Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:

  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan

KEPADA: 

PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]

Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan. 

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.

Tarikh Iklan: 20 Mac 2025

re: Newsletter

re: UBD Newsletter
The Universiti Brunei Darussalam’s “re:” newsletter is your go-to source for a quick dose of campus excitement!
Learn More

DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us