PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a)
Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja
Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut;-
JAWATAN | : PUSTAKAWAN KANAN |
TANGGAGAJI | : UB.2 [$3,880 – $4,240] |
KEKOSONGAN | : 1 ORANG |
JABATAN | : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
a. | Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. | |
b. | i) | Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan atau bidang bersesuian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. |
ii) | Sedang berkhidmat dengan kerajaan dalam bidang Perpustakaan dalam tangga gaji UB.1 EB.2 / B.2 EB.3 selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. | |
c. | Mempunyai pengalaman dan/atau kelulusan dalam Teknologi Maklumat (IT) adalah diutamakan. | |
d. | Mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai aspek kerja di perpustakaan-perpustakaan universiti serta telah mengetahui sesuatu unit/bahagian dalam perpustakaan dan kemahiran dalam penggunaan Sistem Klasifikasi Library of Congres, Anglo-American Cataloguing Rules (edisi terkini) serta penggunaan teknologi maklumat berkaitan dengan tugas-tugas perpustakaan adalah kelebihan. | |
e. | Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan. |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Bahagian Perkhidmatan Pengguna termasuk merancang, menyelaras, memantau serta memastikan operasi dan perkhidmatan berjalan dengan sistematik dan efisien.
- Memimpin dan mengurus salah satu bahagian perkhidmatan perpustakaan.
- Membangunkan, mengemaskini dan mengurus koleksi serta perkembangan perpustakaan.
- Membangunkan, menyelaras dan menyediakan latihan literasi maklumat dan digital untuk kakitangan, akademik dan mahasiswa/i.
- Membantu dalam penyediaan dan perlaksanaan matlamat, objektif, polisi, prosedur dan tekad pemedulian bahagian-bahagian perpustakaan.
- Membantu menyediakan peruntukan, statistik dan laporan bagi bahagian-bahagian perpustakaan, memastikan pemantauan yang tepat pada masanya.
- Menganalisis laporan statistik bahagian untuk menilai keberkesanan perkhidmatan dan merancang penambahbaikan atau perkhidmatan baru yang lebih berkesan.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang lain yang diaturkan oleh Ketua Pustakawan dari masa ke semasa.
- Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa, termasuk di luar waktu kerja biasa, secara bergilir atau pada cuti awam serta bersedia untuk bertugas di mana-mana lokasi di Negara Brunei Darussalam.
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN SAHAJA
Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PustakawanKananUBD2025
Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 01 Februari 2025.
Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
- Satu (1) Laporan Sulit
- Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
- Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan.
Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.
Tarikh Iklan: 18 Januari 2025