UBD adakan Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444

Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan Ceramah Khas bersempena dengan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444H bertempat di Teater Kuliah, Institute Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam Anjuran Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD).

Ceramah ini merupakan majlis tahunan untuk pegawai-pegawai and penuntut-penuntut Universiti Brunei Darussalam. Pada tahun ini, Ceramah yang bertajuk “Menghayati Hijrah Rasulullah” telah disampaikan oleh Penceramah Undangan, Profesor Madya Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi, Tenaga Akademik Fakulti Shariah dan Undang-Undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Hazri Haji Kifli, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam. Ceramah ini juga turut dihadiri dan dimeriahkan lagi oleh pegawai, pensyarah, kakitangan dan mahasiswa-mahasisiwi UBD.

Antara tujuan Ceramah Khas ini adalah agar para hadirin akan mendapat ilmu dan input bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi pengetahuan dan menghayati penghijrahan Rasulullah juga sebagai wadah ‘Pembentukan dan Pembangunan Insan Syumul’ khusus nya pelajar pelajar di Universiti yang beragama Islam, kerana mereka adalah asset yang akan menerajui generasi akan datang.

Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan Ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Ahmad Termizie bin Ahmad Baihakie, pelajar tahun akhir dari Fakulti Sains. Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas dan disusuli dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan.

Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Md Muaaz Haji Roslan.

Latest DiscoverUBD

discover ubd
Discover UBD is a quarterly university magazine that covers the latest news, events and research breakthrough in the university.
Find out more

Need Help?

Contact Us