WANG TARUHAN YANG BELUM DITUNTUT
Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat Wang Taruhan dari Tahun 1986 hingga 1994 yang masih belum lagi dituntut. Penyimpan-penyimpan dikendaki membuat tuntutan ke Bahagian Kewangan Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link, Bandar Seri Begawan BE 1410 semasa waktu bekerja iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat.
Semasa membuat tuntutan, penyimpan-penyimpan hendaklah menghadapkan surat tuntutan, menyertakan resit asal ,mengisikan vendor form dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pemberitahuan ini. Mana-mana Wang Taruhan yang masih tidak dituntut selepas dari tempoh yang ditetapkan akan dimasukkan ke dalam akaun hasil Kerajaan.
Senarai nama penender, bilangan resit dan jumlah Wang Taruhan bagi tahun 1986 hingga 1994 yang masih belum dituntut boleh dirujuk melalui pautan berikut: